HMS_Queen_Elizabeth_(R08)
HMS_Queen_Elizabeth_(R08)

HMS_Queen_Elizabeth_(R08)

Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Queen Elizabeth.39 m (128 ka) (garis air)HMS Queen Elizabeth adalah kapal pertama dari kapal pengangkut pesawat super kelas-Queen Elizabeth, kapal perang terbesar yang dibina untuk Tentera Laut Diraja yang mampu membawa sehingga 40 buah pesawat.[17] Kapal ini telah dinamakan oleh Ratu Elizabeth II pada Julai 2014, memulakan ujian laut pada Jun 2017 dan akan ditauliahkan secara rasminya pada akhir tahun 2017.[18] Pegawai Memerintah pertamanya adalah Komodor Jerry Kyd, yang sebelumnya memerintah kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal dan HMS Illustrious.[19] Sebagai Kepten HMS Queen Elizabeth, Kyd akan memakai pangkat Kepten Tentera Laut Diraja meskipun masih mengekalkan pangkat substantif Komodor.[20]HMS Queen Elizabeth tidak memiliki manjanik atau kabel pencangkuk kerana ia direka untuk mengoperasikan pesawat V/STOL; kekuatan sayap udara akan terdiri daripada pesawat pejuang pelbagai peranan F-35B Lightning II dan helikopter Merlin bagi peranan amaran awal udara dan peperangan anti kapal selam. Rekabentuknya mengutamakan fleksibiliti, dengan kapasiti penginapan sehingga 250 anggota Royal Marines dan berupaya untuk menyokong mereka dengan membawa helikopter penyerang dan pengangkutan anggota tentera menggunakan helikopter Chinook. Ia juga merupakan kapal kedua Tentera Laut Diraja yang menggunakan nama Queen Elizabeth dan akan berpangkalan di HMNB Portsmouth.[21]

Rujukan

WikiPedia: HMS_Queen_Elizabeth_(R08) http://www.naval-technology.com/news/newshms-queen... http://www.newsdeskmedia.com/files/Global-Force-20... http://www.aircraftcarrieralliance.co.uk/~/media/F... http://news.bbc.co.uk/1/hi/scotland/8137703.stm http://www.bbc.co.uk/news/uk-scotland-edinburgh-ea... http://www.theengineer.co.uk/military-and-defence/... http://www.royal-navy.mod.uk/server/show/nav.6497 http://www.royalnavy.mod.uk/News-and-Events/Latest... http://www.royalnavy.mod.uk/The-Fleet/Ships/Future... http://www.royalnavy.mod.uk/our-organisation/the-f...