Hachikō
Hachikō

Hachikō

Hachikō (ハチ公, 10 November 1923 – 8 Mac 1935), dikenali dalam bahasa Jepun sebagai chūken Hachikō (忠犬ハチ公 "anjing setia Hachikō" ['hachi' bererti 'lapan', bilangan yang merujuk susunan kelahiran anjing dalam seperinduk, dan 'kō', bererti putera]), ialah seekor anjing Akita yang lahir di sebuah ladang dekat dengan bandar raya Ōdate, Wilayah Akita,[1] diperingati atas kesetiaannya yang luar biasa terhadap pemiliknya, sungguhpun bertahun-tahun selepas kematian pemiliknya.

Hachikō

Pemilik Hidesaburō Ueno
Dikenali kerana Menunggu kepulangan pemiliknya yang telah meninggal selama sembilan tahun.
Spesies Anjing
Anugerah Patung gangsa Hachiko di hadapan stesen kereta api Shibuya, Tokyo
Jantina Jantan
Baka Anjing Akita
Kewarganegaraan Jepun
Peranan utama Anjing setia
Penampilan Warna perang terang keemasan dengan putih (putih pic) pada mukanya