Haegyeolsa

Troubleshooter atau Resolver[1] (Bahasa Korea: 해결사; Haegyeolsa) merupakan debut album untuk Shinhwa. Ia dilancarkan pada 9 Mei 1998 dan menjadi cukup terkenal di kalangan peminat. Kumpulan ini pertama kali mengadakan persembahan di rancangan muzik KM Music Tank, menyanyikan lagu pertama mereka, "Haegyeolsa" (Resolver). Lagu ini berkembang menjadi popular dan mencapai nombor satu di beberapa carta. Single kedua mereka dari album yang sama berjudul "Eusha, Eusha". Kerana "Eusha, Eusha" adalah lagu yang mempunyai irama dan melodi lebih ringan berbanding Resolver, yang mempunyai irama dan mood yang lebih gelap dan ia menaiki carta dengan cepat. Bagaimanapun, di sekitar waktu yang sama, berlaku kecelakaan air yang telah berlaku di pantai, yang menyebabkan orang ramai menggunakan lagu, "Eusha, Eusha", sebagai peringatan terhadap kecelakaan ini, walaupun ia adalah lagu yang gembira. Melihat suasana ini, dengan cepat, Shinhwa terus mempromosikan single ketiga mereka berjudul "Sharing Forever" yang mencapai carta dengan baik.