Fungsi Haiwan_dan_objek_seruan_(Naruto)

Cacah tatu pada lengan Orochimaru

Apabila sesuatu spesis haiwan itu diseru oleh penggunanya, maka ia akan "diterbangkan" dari kediaman mereka kepada lokasi pengguna. Apabila diseru, haiwan tersebut boleh melakukan sebarang tugas atau menolong si pengguna di dalam pertempuran. Kadangkala, sesetengah haiwan seruan tidak mampu membantu dan hanya menjadi bebanan atau musuh kepada penggunanya. Haiwan seruan juga boleh menyeru penggunanya dengan menggunakan Teknik Seruan Songsang dan haiwan seruan juga kadangkala dilihat memiliki tanda dirah dahi yang melambangkan "kesetiaan" mereka kepada sesebuah perkampungan ninja.

Sesetengah seruan boleh dijadikan sebagai asas kepada teknik yang lain seperti Teknik Seruan: Hempapan Pemusnah oleh Jiraiya dan Teknik Seruan: Tarian Pemancung Kepala oleh Temari. Dalam kes seperti ini, kadangkala seruan tidak terhad kepada seruan haiwan sahaja sepertimana yang dilakukan oleh Orochimaru yang boleh menyeru mayat (untuk melaksanakan teknik Edo Tensei) dan untuk tujuan pertahanan seperti Teknik Seruan: Pintu Rashōmon.

Objek boleh diseru daripada skrol. Ia tidak diseru daripada mana-mana lokasi tapi hanya dilepaskan daripada tempat simpanan sementaranya dan tidak memerlukan darah untuk menyerunya. Sesetengah watak juga dilihat memiliki kecenderungan untuk menyeru senjata seperti kunai atau shuriken gergasi dan kadangkala anpa perlu menggunakan tanda ikatan tangan[11][12].