Penggunaan Haiwan_dan_objek_seruan_(Naruto)

Hanya terdapat satu cara untuk melaksanakan jutsu ini iaitu dengan melakukan ikatan tangan dan darah. Bagaimanapun, sebelum seseorang ninja yang layak itu boleh menggunakan teknik ini, mereka perlu melakukan ikatan perjanjian atau kontrak dengan spesis tersebut[4]. Perjanjian tersebut boleh datang dalam bentuk tulisan pada skrol atau cacah pada lengan yang dilukis menggunakan darah pengguna itu sendiri. Sesudah mengadakan perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan seruan itu, ia akan kekal biar pun penggunanya sudah mati[5]. Hanya selepas itu barulah penggunanya boleh menyeru haiwan tersebut dengan melakukan tanda ikatan tangan dan mendermakan sedikit darah (selalunya diperolehi dengan menggigit ibu jari sendiri) dan menggunakan tangan yang sama digunakan ketika membuat perjanjian dengan haiwan yang diseru[6]. Jumlah chakura yang digunakan ketika melancarkan teknik ini akan menentukan berapa besarkah haiwan yang bakal diseru. Di dalam siri anime, telah ditunjukan bahawa sekiranya seseorang itu cuba menyeru haiwan seruan tanpa mengadakan ikatan perjanjian terlebih dahulu, maka pengguna tersebut akan "diterbangkan" ke kediaman asal haiwan seruan yang berkaitan[7].

Cara lain yang boleh digunakan untuk melakukan seruan adalah dengan menggunakan skrol tanpa perlu melakukan tanda ikatan tangan terlebih dahulu. Dalam kes ini, ikatan tangan tidak diperlukan dan chakura juga kadangkala tidak diperlukan[8][9]. Dengan menggunakan kaedah ini, penggunanya boleh menyeru sebarang haiwan meskipun mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan sesuatu spesis haiwan itu[10].