Hajime_no_Ippo

Hajime no Ippo (Inggeris: Fighting Spirit!), ialah sebuah siri manga dan anime tinju karya George Morikawa yang disirikan oleh Kodansha dalam Weekly Shōnen Magazine. Ia mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah tinggi yang bernama Makunouchi Ippo, yang memulakan kerjayanya dalam tinju dan seterusnya memenangi beberapa gelaran dan menumpaskan pelbagai lawan.Sebuah adaptasi anime 76 episod bertajuk Hajime no Ippo: The Fighting! telah dihasilkan oleh Madhouse, Nippon Television dan VAP, diarahkan oleh Satoshi Nishimura dan bersiaran di Nippon Television Network dari Oktober 2000 sehingga Mac 2002. Sebuah filem TV dan OVA juga telah dihasilkan. Pada 15 September 2008 musim kedua Hajime no Ippo telah diuar-uarkan dalam Majalah Shōnen Mingguan yang akan disiarkan pada 6 Januari 2009. Musim kedua ini bertajuk Hajime no Ippo: New Challenger dan tamat pada 30 Jun 2009. Pada akhir tahun 2003, musim pertama anime ini dilesenkan di Amerika Utara oleh Geneon,[1] yang diterbitkan menggunakan tajuk Fighting Spirit.

Hajime_no_Ippo

Dikeluarkan pada 5 September 2003
Penyiaran Asal NTV
Dilesenkan oleh
Skrip/Penulis Kazuyuki Fudeyasu
Pengarah Jun Shishido
Penerbit Kodansha
Jangka masa tayangan 60 minit
Jilid 115 (Senarai jilid-jilid)
Studio Madhouse, MAPPA
Pengarang George Morikawa
Episod 25 (Senarai episod)
Majalah Asal Majalah Shōnen Mingguan
Tarikh tayangan 5 Oktober 2013 – 29 Mac 2014
Demografik Shōnen
Genre Sukan (Tinju), Komedi
Tarikh Pengeluaran Oktober 1989 – kini
Lagu/Muzik Yoshihisa Hirano
Tsuneo Imahori