Halimah_As-Sa'diyah
Halimah_As-Sa'diyah

Halimah_As-Sa'diyah

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam
Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar
Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • HajiMakkah • Madinah
BaitulmuqaddisAidilfitri • AidiladhaHukumAl-Quran • Sunnah • HadisSejarahGaris Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • KhilafahTokoh IslamMuhammad
Ahlul Bait • Sahabat Nabi
MazhabAhli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • PolitikLihat jugaKritikan • Islamofobia
GlosariHalimahtus Sa'adiah (Bahasa Arab: حليمة السعدية‎) atau nama sebenarnya Halimah binti Abi Dhuayb Abdullah ibn Al-Harith ibn Shagna ialah ibu susu yang juga merangkap ibu angkat bagi Nabi Muhammad s.a.w. Halimah dan juga suaminya Al-Harith bin Andul Uzza berasal daripada kabilah atau puak Arab Sa'd bin Bakr, yang merupakan sub-bahagian dari Hawazin (kabilah atau puak terbesar yang menguasai wilayah Arab utara pada ketika itu).[1]Tradisi Arab ketika zaman itu ialah menghantar bayi yang baru lahir untuk disusukan di persekitaran padang pasir yang lebih sihat berbanding di kota Makkah. Para ibu susu Badwi tersebut bagaimanapun lebih gemarkan bayi yang bapanya masih hidup. Begitu juga Halimah, namun disebabkan gagal mendapat bayi lain, beliau mengambil juga Muhammad SAW, lapan hari selepas baginda diputerakan. Beliau menyusukan baginda sehingga cerai susu sekitar umur dua tahun sebelum dipulangkan kepada ibunya Aminah binti Wahab. Bagaimanapun beliau meminta dan dibenarkan untuk terus memelihara baginda sehinggalah berumur empat atau lima tahun, iaitu sehingga peristiwa hati baginda dicuci Malaikat Jibril.[2]Makam Halimah terletak di Jannatul Baqi, Madinah, Arab Saudi.[petikan diperlukan]

Halimah_As-Sa'diyah