Halusinogen

Dadah Halusinogen ialah bahan yang dihasilkan dalam badan manusia untuk mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran neurotoksin ensefalus. Dalam takrifan asas, tiada perubahan kuantitatif dalam aktiviti atau kecergasan seseorang yang mengambil dadah halusinogen. Bagaimanapun dadah halusinogen mungkin memberi kesan sampingan selain khayal (hanya beberapa jenis dadah mempunyai kesan tunggal pada badan manusia). Seperti kebanyakan dadah, sifat kimia dan jumlah dos menentukan sama ada dadah halusinogen tersebut bersifat mengubat ( medicinal ), narkotik, atau beracun. Kebanyakan dadah seperti ini turut dikenali sebagai psikedelik ("psychedelics") atau ("entheogens").