Etimologi Halusinogen

Pelbagai nama diberikan kepada dadah halusinogen. Antaranya ialah Phantastica, perkataan Inggeris yang diberikan oleh Loius Lewin pada 1928 dalam monograf beliau yang turut bertajuk Phantastica. Istilah ini sebenarnya ditujukan kepada tumbuhan yang menyebabkan pengujaan serebrum ( cerebral excitation ) dalam bentuk halusinasi, ilusi, dan penglihatan yang diikuti dengan pitam atau simptom kefungsian serebrum terubah ( altered cerebral functioning ) yang lain. Walau bagaimanapun, Lewis tidak berpuas hati dengan penggunaan Phantastica kerana perkataan tersebut tidak menerangkan sepenuhnya maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.


Penemuan D-Lysergic Acid Diethylamide atau akronimnya LSD dan kaedah eksperimentasi saintifik mengenainya telah membantu pembentukan istilah istilah baru seperti halusinogen, psikedelik, psikotomimetik, psikolitik, schizophrenogenic, cataleptogenic, mysticomimetic, dan psychodysleptic.


  * halusinogen      Penghasilan delusi atau anggapan salah  * psikedelik       Mind manifasting dan menekankan potensi introspektif mengenai dadah  * psikotomimetik   Psikosis mimikan ( mimicking psychosis ) dalam penulisan saintifik.