Sejarah Halusinogen

Dadah halusinogen adalah antara dadah tertua yang pernah digunakan oleh manusia. Dadah ini terhasil secara semulajadi dalam cendawan, kaktus, dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Etika pengunaan dadah halusinogen bergantung kepada masyarakat dan budaya setempat. Dadah halusinogen diharamkan di kebanyakan negara tetapi sesetengah negara atau masyarakat membenarkan pengambilan dadah halusinogen untuk tujuan tertentu. Misalnya di Amerika Syarikat, pengunaan kaktus peyot (sejenis kaktus yang mempunyai kandungan alkaloid fenetilamina yang tinggi) dibenarkan untuk hal hal keagamaan bagi kaum asli Amerika ( Native American )

Aktiviti keagamaan dan perubatan tradisional (bomoh)

Dalam sejarah peradaban manusia, halusinogen digunakan dalam aktiviti keagamaan atau perubatan tradisional (bomoh). Buktinya, penggunaan dadah halusinogen atau turut digelar enteogen, dijumpai dalam banyak tamadun purba seperti Mesir, Yunani, Mycenaean, Maya, Inka, Veda dan Aztek. Kemunculan Ugama Kristian, dan Pasitan Katolik ( Inquisition ) telah menyebabkan pengguna dadah enteogen dituduh menyeleweng daripada Kristian dan mempunyai hubungan dengan Syaitan. Namun, beberapa budaya terselamat dan bebas menggunakan dadah enteogen sehingga hari ini.

Rencana ini rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.