Sejarah Hamburger

Daging burger yang dimasak

Perkataan "hamburger" berasal daripada Hamburg, Jerman. Dibawa ke England pada kurun ke-10 dari Jerman.[3] Di Jerman, makanan tradisional tempatan selalunya dinamakan mengikut tempat asal-usulnya, seperti Frankfurter (lebih dikenali sebagai hot dog), Berliner (sejenis donat jem) ataupun Thüringer (Bratwurst). Di Hamburg, menjadi kebiasaan dihidangkan sekeping daging khinzir panggang di dalam roti gulung yang dipanggil Rundstück warm walaupun ia bercanggah dengan penyediaan burger moden yang menggunakan daging burger yang diperbuat daripada daging kisar. Walau bagaimanapun, terdapat teori lain yang menyatakan bahawa di Hamburg, daging sisa dihidangkan pada Brötchen, sejenis roti berbentuk bulat. [4] Dikatakan bahawa pendatang Jerman membawa bersama resipi hamburger ke Amerika Syarikat[4] melalui sebuah restoran bernama Delmonico pada tahun 1826, tetapi rakyat Amerika tidak mengetahui apa menu burger ini sebenarnya pada masa itu.[3]

Burger hari ini

Hamburger dianggap sebagai salah satu makanan segera ataupun sebagai snek, oleh itu ia banyak dijual di restoran makanan segera seperti McDonald's dan Burger King, serta di gerai tepi jalan seperti di Malaysia di mana Burger Ramly boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan atau di pasar malam.