Kegunaan Hampagas

Hampagas berguna bagi beberapa proses dan peranti. Penggunaan secara meluas pertama kali adalah bagi mentol lampu pijar bagi melindungi filament daripada penguraian kimia. Inersia kimia yang terhasil oleh hampagas juga berguna bagi pengimpalan sinar elektron, pengimpalan dingin, pembungkusan hampagas dan pengoreng hampagas. Hampagas amat tinggi digunakan dalam kajian substrate atomik, kerana hanya hampagas sangat baik mengekalkan permukaan bersih skala atomik bagi tempoh masa yang agak lama (dalam jangka masa minit hingga beberapa hari). Hampagas tinggi hingga amat tinggi menghapuskan halangan udara, membenarkan pancaran zarah untuk meletakkan atau menghilangkan bahan tanpa pencemaran. Ini merupakan prinsip bagi pemendakan wap kimia ("chemical vapor deposition"), pemendakan wap fizikal ("physical vapor deposition"), dan ukiran kering ("dry etching") yang amat penting bagi penghasilan semikonduktor dan selaput optik, dan bagi sains permukaan. Pengurangan kitaran ("convection") udara memberikan perlindungan haba bagi botol thermos. Hampagas tinggi menggalakkan penyingkiran gas "outgassing" yang digunakan dalam pengeringan beku ("freeze drying"), penyediaan pelekat, penyulingan hampagas, penghasilan logam ("metallurgy"), dan proses penyingkiran("process purging"). Ciri-ciri eletrik hampagas memungkinkan mikroskop elektron dan tiub hampagas, termasuk tiub pancaran katod. Penyingkiran geseran udara berguna bagi penyimpanan tenaga flywheel dan emparan lampau ("ultracentrifuge").

Mesin pemancu hamapagas

Hampagas biasanya digunakan bagi menghasilkan sedutan, turut memiliki penggunaan lebih meluas. Enjin wap Newcomen menggunakan hampagas dan bukannya tekanan bagi memancu piston. Pada abad ke-19, hampagas digunakan sebagai geseran bagi ujikaji landasan atmosfera Isambard Kingdom Brunel. Brek hampagas pernah digunakan secara meluas bagi kereta api di UK tetapi kini, ia telah digantikan dengan brek udara kereta api kecuali di laluan warisan.