Hamzah_bin_Abdul_Muttalib

Bahasa Arab: حمزه بن عبدالمطلب‎)[b.568[1]-d.625] diperkirakan lahir pada waktu hampir sama dengan Nabi Muhammad . Beliau merupakan anak kepada pasangan Abdul Muttalib dan Haulah binti Wuhaib berketurunan Bani Zuhrah. Hamzah juga merupakan ayah saudara kepada Nabi Muhammad , dan juga merupakan adik-beradik susuan dengan Nabi Muhammad , ini kerana Hamzah dan Nabi Muhammad pernah disusukan oleh Thuwaibah hamba perempuan Abu Lahab sewaktu mereka berdua masih bayi.[2]Menurut riwayat, pernikahan Abdul Muttalib bersama Haulah dan Abdullah bin Abdul Muttalib bersama Aminah binti Wahb terjadi sama waktunya. Diriwayatkan juga ibu Nabi, Aminah binti Wahab, adalah sepupu kepada Haulah binti Wuhaib.Hamzah mempunyai tubuh yang tegap dan suka memakai bulu burung di topi kepalanya. Hamzah akhirnya telah memeluk Islam

Hamzah_bin_Abdul_Muttalib

Pekerjaan Panglima Perang, Panglima Angkatan Memanah
Terkenal kerana Sahabat Nabi, Singa Allah
Meninggal dunia s. Mac 625 (berumur 56–57)
Gunung Uhud
Saudara Nabi Muhammad s.a.w. (anak saudara)
Kelahiran s. 568 M
Makkah