Kehidupannya Hamzah_bin_Abdul_Muttalib

Hamzah merupakan seorang ahli sukan, pakar memanah dan pakar menunggang kuda."[1] Kerana karismanya, beliau begitu dihormati di kota Makkah termasuk salah seorang kawan rapatnya yang juga saudaranya Abu Jahal. Dia juga dikenali sebagai "Singa Allah" (Bahasa Arab: أسد الله‎) kerana keberaniannya.

Selain Hamzah ialah pakcik saudara/bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad , Saidina Hamzah ini juga merupakan adik beradik sesusu dengan baginda Nabi. Hal ini seperti dikhabarkan dalam Hadis Sahih riwayat Imam Muslim:

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِى صلعم

تَقُولُ قِيْلَ لِرَسُولُ اللهِ صلعم

أَيْنَ أَنْتَ يَا رَسُولُ اللهِ عَنِ ابْنَةِ حَمْزَةَ

أَوْ قِيْلَ أَلا تَخْطُبُ بِنْتَ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِالْمُطَّلِبِ

قَالَ اِنَّ حَمْزَةَ أَخِى مِنَ الرَّضَاعَةِ

yang bermaksud:

Dari Ummu Salamah isteri Nabi : "Ditanyakan orang kepada Rasulullah : "Adakah engkau ingin ya Rasulullah mengahwini puteri Hamzah? atau ditanyakan : "Mengapakah engkau tidak hendak meminang puteri Hamzah bin Abdul Muttalib? Nabi menjawab : "Sesungguhnya Hamzah saudara sesusu dengan aku"