Plot Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah

Husin yang telah dua tahun bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila sampai ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Jabit, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung bahawa barangkali Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang geram akan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Misteri hanya terurai apabila anak Mak Limah kembali ke Kampung Pisang.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hantu-kak... http://www.imdb.com/title/tt1787073/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banggad... http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hantu_... http://www.gua.com.my/hiburan/ulasan/Sindiran_Sini... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/02/07/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/penerbit-ran... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...