Kesinambungan Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013)

Pada 2012, kesinambungan filem ini telah diumumkan dengan Mamat Khalid kembali menduduki kerusi pengarah dan menulis skrip. Untuk filem ini, watak Kak Limah lakonan Delimawati, Usop Wilcha (Syh8), Pak Jabit (Man Kadir) dan pak Abu (Zami Ismail) masih dikekalkan. Penggambaran sebahagiannya dijalankan di Hutan Ulu Kenas, Taiping.[12] Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit ditayangkan pada 7 Februari 2013.[13]

Hantu Kak Limah 3 (2018)

Rencana utama: Hantu Kak Limah 3

Kesinambungan ketiga Hantu Kak Limah telah diumumkan secara rasmi oleh Gayatri Su-Lin Pillai pada Februari 2013, beliau dipetik sebagai berkata: "Kami ada perancangan untuk hasilkan filem Hantu Kak Limah 3. Kami dah bincang dengan Mamat Khalid,”[14] Penggambaran dijalankan pada 19 Oktober 2017 di Taiping, Perak. Untuk filem ini, Kampung Pisang telah digugurkan. Hantu Kak Limah 3 ditayangkan pada 9 Ogos 2018 dan meraih kutipan pecah panggung sebanyak 32.5 juta[15] dan ini membuatkan filem ini sebagai filem yang pecah panggung paling banyak buat masa sekarang.

Rujukan

WikiPedia: Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hantu-kak... http://www.imdb.com/title/tt1787073/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Banggad... http://www.gua.com.my/hiburan/berita-hangat/Hantu_... http://www.gua.com.my/hiburan/ulasan/Sindiran_Sini... http://www.mstar.com.my/hiburan/wayang/2013/02/07/... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/hantu-kak-li... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/penerbit-ran... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...