Penerbitan Hantu_Kak_Limah_Balik_Rumah_(filem)

Hantu Kak Limah Balik Rumah diarahkan oleh Mamat Khalid dan diterbitkan oleh Gayatri Su-Lin Pillai untuk Tayangan Unggul.[6] Ia merupakan filem keempat Mamat bersama Tayangan Unggul selepas tiga filem terdahulu dan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang. Filem ini masih mengekalkan genre komedi seram, dan menampilkan kejutan demi kejutan. Penggambaran dijalankan sepenuhnya di Kuala Kangsar, Perak.[7]