Hari Easter atau
Paskah merupakan perayaan penganut
agama Kristian yang memperingati kejadian
Yesus Kristus dihidupkan kembali (atau "dibangkitkan") pada hari
Ahad itu. Ia lazimnya disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut
Kristian Timur mengikut
takwim Gregorius), menurut kitaran bulan.Sebelum perayaan Easter,
Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai
Jumaat Suci iaitu hari Yesus telah disalib. Pada
Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun
palma yang telah diurapi oleh para paderi. Perayaan Easter terkenal dengan pemberian
telur berwarna-warni yang berisikan
coklat, di mana tradisi ini sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya
musim bunga dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku - telur melambangkan kesuburan.