Etimologi Hari_rehat_pesihir

Kata "sabat" berasal secara tidak langsung daripada bahasa Ibrani שַׁבָּת (Shabbath, "hari rehat"). Dalam Judaisme, sabat merupakan hari rehat yang diraikan dari petang Jumaat sehingga ke tengah malam hari Sabtu; dalam agama Kristian moden, sabat merujuk kepada hari Ahad atau untuk tempoh masa yang serupa dengan sabat dalam minoriti gereja hari ketujuh. Sehubungan dengan kepercayaan zaman pertengahan dalam kuasa jahat ahli-ahli sihir serta dalam niat-niat jahat orang Yahudi dan pembidaah meyahudikan (kedua-duanya menjadi Penjaga Sabat),[4] perjumpaan syaitan para pesihir yang dipanggil oleh orang luar sebagai "sabat", "saumaah" atau "biara".[5]