Sifat Harimau_Sumatera

Harimau Sumatrea ialah subspesies harimau terkecil yang masih wujud. Harimau Sumatera jantan berpurata panjangnya 204 cm (6 kaki 8 inci) dari kepala hingga ekor dan beratnya sekitar 136 kg (300 lb); yang betina pula purata panjangnya 198 cm (6 feet, 6 inches) dan beratnya sekitar 91 kg (201 lb). Belang-belangnya kurang lebar berbanding belang-belang subspesies lain, dan wajahnya lebih berjanggut dan bersurai, khususnya yang jantan. Saiz badannya yang kecil memudahkan harimau ini bersiar-siar melalui hutan hujan yang tebal. Harimau Sumatera juga pandai berenangn kerana ada selaput di antara jari-jari kakinya. Harimau ini diketahui menggiring mangsa bertelapuk ke dalam air, lebih-lebih lagi jika mangsa itu tidak pantas berenang.

Harimau Sumatera lazimnya mengejar mamalia ungulat yang lebih besar, seperti babi hutan, tenuk dan rusa, dan juga haiwan-haiwan yang lebih kecil seperti unggas, monyet, dan ikan. Orang utan juga boleh menjadi mangsa, tetapi jarang didapat memandangkan orang utan jarang berada di atas tanah.