Habitat Harimau_Sumatera

Harimau Sumatera di Zoo Melbourne

Habitat asal harimau Sumatera tidak lain tidak bukan di Pulau Sumatera di bahagian barat Indonesia. Habitatnya terdiri daripada hutan tanah pamah hingga ke hutan pergunungan, termasuk sekali hutan paya gambut. Kebanyakan habitatnya tidak menikmati perlindungan, dengan hanya sekitar 400 ekor yang hidup dalam hutan-hutan simpan buruan dan taman negara. Taman Negara Gunung Leuser paling banyak bilangan harimaunya iaitu sekitar 110 ekor. Seratus ekor lagi tinggal di kawasan tidak terlindung yang semakin ditebus untuk tujuan pertanian.

Pembasmian hutan akibat perusahaan minyak sawit merupakan ancaman utama kepada harimau Sumatera.[4] Hutan-hutan simpan ini juga tidak menjamin keselamatan, kerana banyak sekali harimau yang dibunuh oleh pemburu ceroboh setiap tahun walaupun digiatkan usaha pemuliharaan.