Harry_Kroto
Harry_Kroto

Harry_Kroto

Sir Harold Walter Kroto GBR FRS[2] (lahir Harold Walter Krotoschiner; 7 Oktober 1939 – 30 April 2016), dikenali sebagai Harry Kroto, merupakan seorang ahli kimia British. Beliau berkongsi Hadiah Nobel dalam Kimia 1996 bersama Robert Curl dan Richard Smalley atas penemuan mereka terhadap fuleren. Beliau merupakan penerima kebanyakan anugerah dan penghargaan.Kroto memegang banyak jawatan dalam akademik sepanjang hayatnya, paling terkenal ialah Profesor Kimia Francis Eppes di Universiti Negeri Florida, yang disertainya pada 2004. Sebelum ini, beliau menghabiskan sebahagian daripada kerjayanya di Universiti Sussex,[3] di mana beliau memegang jawatan profesor. Kroto mepromosikan pendidikan sains dan pengkritik kepercayaan agama.

Harry_Kroto

Lahir Harold Walter Krotoschiner
(1939-10-07)7 Oktober 1939
Wisbech, Cambridgeshire, United Kingdom
Dikenali kerana Buckminsterfuleren
Tesis The spectra of unstable molecules under high resolution (1964)
Anugerah
Anak David dan Stephen
Bidang Kimia
Pelajar kedoktoran Perdita Barran[1]
Warganegara British
Meninggal dunia 30 April 2016(2016-04-30) (umur 76)
Lewes, Sussex Barat, United Kingdom
Pengaruh Harry Heaney
Pendidikan Sekolah Bolton
Institusi
Pusat pendidikan Universiti heffield