Hartal

Hartal ialah perkataan Gujerati yang bermaksud protes beramai-ramai, biasanya membabitkan mogok, penutupan tempat kerja, pejabat, kedai dan mahkamah sebagai satu bentuk keingkaran awam. Istilah ini popular di India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Langka terutama tokoh pejuang kemerdekaan India Mahatma Gandhi. Bagi Mahatma Gandhi , hartal ada unsur ugama iaitu berpuasa, solat tetapi tidak termasuk keganasan.Hartal pertama kali diadakan di Malaysia / Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947, dianjurkan gabungan Pusat Tenaga Rakyat (Putera) – All Malayan Council for Joint Action (AMCJA) sebagai bantahan kepada Perlembagaan yang dicadangkan penjajah British.[1] Mogok umum pernah diadakan pada tahun 1940-an, 1950-an , 1960-an seperti Hartal Malaya 1947 dan Hartal Pulau Pinang 1967.