Hasan_al-Basri
Hasan_al-Basri

Hasan_al-Basri

Hasan al-Basri (642 - 728 atau 737); bahasa Arab:الحسن بن أبي الحسن البصري‎ ; Abu Sa'id al-Hasan ibn Abi-l-Hasan Yasar al-Basri) ialah ahli teologi Arab terkenal dan Cendekiawan Muslim.Hasan al-Basri dilahirkan di Madinah pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab pada tahun 21 Hijrah (642 Masihi). Beliau pernah menyusu dengan Ummu Salamah, isteri Rasulullah S.A.W. Hasan al-Basri juga pernah berguru kepada beberapa orang sahabat Rasulullah S.A.W. sehingga beliau muncul sebagai Ulama terkemuka dalam peradapan Islam. Hasan al-Basri telah meninggal dunia di Basrah, Iraq, pada hari jumaat 5 Rejab 110 Hijrah (728 Masihi), pada umur 89 tahun. Beliau pernah hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan.