Hassan_Karim

Hassan Karim merupakan ahli politik dari Malaysia. Beliau merupakan ahli parlimen bagi Pasir Gudang. [1] Sebelum menjadi ahli parlimen, beliau pernah menyertai pilihanraya selama 6 kali, iaitu 1982 di Skudai, 1986 di Pasir Gudang, 1999 di Tebrau, 2004 di Pontian (atas tiket PKR), 2008 di Johor Bahru dan 2013 di Ledang tetapi kesemuanya ditewas oleh calon Barisan Nasional. Pada 9 Mei 2018, beliau berjaya menewaskan bekas Menteri Besar Johor iaitu Mohamed Khaled Nordin dengan majoriti sebanyak 24,526.