Kerjaya Hassan_Yunus

Beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1 Janujari 1940). Pada 1 Januari 1943 menjadi Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Johor hinggalah sebelum merdeka. Beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.

Ketika menjadi Pemangku Mufti, Tan Sri Haji Hassan Yunos menunjukkan iltizam dalam kegiatan pertubuhan atau badan ‘Lajnah Penghubung Pelajaran Agama Islam Muar’ atau dikenali sebagai LAJNAH yang ditubuhkan pada 1 Mac 1947.