Politik Hassan_Yunus

Sebelum Perang Dunia II beliau menyertai Persatuan Melayu Johor. Dia bersama menandatangani surat bantahan kepada Sultan Johor yang menandatangani Perjanjian Malayan Union pada 1946. Dr Ismail Abdul Rahman pernah mencadangkan agar Hassan Yunus menjadi Mufti Johor tetapi dibantah oleh oleh Dato Onn Jaafar.[3]

Beliau merupakan seorang ‘Orang Tujuh’ atau ‘Kumpulan Tujuh’ yang mengemukakan bantahan tersebut. Enam yang lain ialah Dato’ Abdul Rahman Mohd Yassin (Ketua), Kosai bin Muhammad Salleh (Dato’), Dr Awang bin Hassan (Tun), Sulaiman bin Abdul Rahman (Dato’) dan Cikgu Ahmad Sulaiman dan Safiah Sulaiman. Dato’ Abdul Rahman Muhamad Yasin dalam satu ucapannya di Masjid Abu Bakar telah berkata:

            “….. Sekarang adalah masa kita bergerak dan bekerja untuk faedah bangsa, watan dan agama kita. Bukan lagi masa kita bercakap-cakap dan masa kita melihat faedah diri kita sendiri. Tidak tuan-tuan. Sekarang masa kita mesti membuka mata, masa kita mara ke hadapan, masa kita berjuang mempertahankan hak-hak kita yang benar lagi halal. Insya-Allah semuannya itu akan kita kerjakan……”

Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, bekas pemimpin PMJ termasuk Haji Hassan Yunos menguasai UMNO Johor. Setelah UMNO disusun semula pada 1947, Haji Hassan bergerak aktif di Muar dengan memegang jawatan Pengerusi Penerangan UMNO Muar.

Dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Persekutuan, beliau memenangi kerusi Muar Utara dengan mengalahkan calon Parti Negara. Setelah itu beliau dilantik menganggotai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Dalam Pilihan Raya Umum 1959, Haji Hassan Yunos memenangi kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor melalui sistem demokrasi pada 27 Jun 1959. Beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihan raya

Dalam pilihan raya umum 1964, sekali lagi memenangi pilihan raya kerusi Dewan Negeri Bukit Serampang dan terus dilantik menjadi Menteri Besar Johor sehingga 31 Januari 1967. Beliau merupakan Menteri Besar Johor pertama dilantik menerusi proses pilihanraya.Beliau bersama enam yang lain (7 orang) terlibat dalam usaha menjatuhkan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Tokoh lain yang terlibat ialah Dato' Kosai Salleh, Safiah Sulaiman, Abdullah Sulaiman, Dr Awang Hassan dan Dato' Sulaiman yang kesemuannya berasal dari Muar.[4]