Plot Hatching_Pete

Pelajar sekolah menengah yang pemalu bernama Pete Ivey (lakonan Jason Dolley) berusaha agar dia menjadi tumpuan orang lain khasnya oleh orang yang diminatinya. Ketika Cleatus Poole (Mitchel Russo), kawan baiknya terpaksa menolak menjadi maskot sekolah gara-gara alahan kepada baju ayam yang dipakai, Poole yakin yang Pete boleh menggantikan tempatnya dalam beberapa perlawanan bola keranjang. Sejak Pete menjadi maskot, sikapnya yang pemalu mula terhakis dan sikapnya yang lebih ceria dan menyenangkan sekolah dan seluruh bandar mula muncul. Walaupun Poole yang menerima pujian hasil dari prestasi dinamik Pete, Pete mestilah membuat keputusan jika dia mahu dunia tahu siapa sebenarnya yang menjadi maskot. [5]