Sejarah Hatha_Yoga

Lagenda

Menurut legenda hindu, Deva Shiva dikreditkan sebagai pencipta Hatha yoga. Dikatakan bahawa di sebuah pulau yang sunyi, yang dianggap tiada orang lain akan mendengar rahsia ilmu yoga, Deva Shiva memberikan pengetahuan Hatha yoga kepada isteri-Nya Dewi Parvati,[1] tetapi seekor ikan yang bernama Matsya telah mendengar keseluruhan wacana. Dengan memperolehi wacana yoga, ikan Matsya kemudian menjadi seorang pendeta Siddha dan kemudian dikenali sebagai Matsyendranath. Matsyendranath kemudian mengajar Hatha yoga kepada murid yang bernama Gorakshanath dan juga kepada seorang lelaki yang tiada tangan, bernama Chaurangi. Hatha Yoga Pradipika (kitab sanskrit untuk Hatha yoga) menyebutkan beberapa nama Yogi Hatha dan penyunting kitab yoga yang terkenal. Hatha yoga turun-kemurun diajar hanya kepada murid yang berdisplin tinggi dan dipilih dengan teliti oleh Yogi Hatha, untuk menjaga kualiti tradisi yoga dan ilmu pengajaran.

Berkaitan