Biografi Hayao_Miyazaki

Awal hidup

Hayao Miyazaki lahir pada 5 Januari 1941 di bandar Akebono-cho di kawasan Bunkyō, Tokyo. Beliau merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik;[1][lower-alpha 1] Ayahnya Katsuji Miyazaki (s. 1915 – 18 Mac 1993),[1] mengarah syarikat perkilangan Miyazaki Airplane menghasilkan kemudi pesawat pejuang semasa Perang Dunia Kedua [2] yang mampu menampung keluarganya.[3] Keluarga Hayao berpindah ke Utsunomiya ketika berusia 3 tahun[lower-alpha 2] namun dipindahkan lagi ke Kanuma berikutan suatu pengeboman oleh pihak Amerika Syarikat yang menyerang di sana pada Julai 1945[1][3] - peristiwa tersebut sangat mengesan kepada beliau.[3]

Penceburan dalam bidang animasi

Beliau diambil bekerja dalam studio Toei Animation pada 1963[4] di mana beliau bekerja sebagai penganimasi antara gambar dalam filem Doggie March serta siri TV Wolf Boy Ken (1963). Beliau terlibat dalam suatu pertikaian sehingga menjadi ketua kesatuan sekerja studio tersebut pada tahun 1964.[4]

Beliau mengkarya sebuah siri manga berjudul Sabaku no Tami dari September 1969 hingga Mac 1970 dalam majalah Shōnen shōjo shinbun (少年少女新聞) di bawah nama samaran Saburō Akitsu (秋津三朗).

Kemasyhuran

Pada bulan September 2013, beliau mengumumkan kemungkinan bersaraan daripada kerja menganimasi dalam filem sambil berhasrat meneruskan kerja menguruskan pameran dalam Muzium Studio Ghibli.[5][6]