Plot Heart_Series_2

Kisah bermula dari penampilan group muzik The Rocketz dalam suatu majlis di sekolah. Kumpulan muzik yang dianggotai oleh Farel, Bevan dan Endo tersebut berjaya membuat pelajar SMA mereka histeria melihat penampilan mereka. Ketika persembahan tamat, para pelajar berebut untuk memberikan hadiah kepada anggota kumpulan muzik tersebut. Namun, pengurus mereka Rachel hanya mengizinkan para pelajar untuk memberikan hadiah untuk Endo dan Bevan. Farel yang merasa bahawa dirinya ialah anggota yang diidolakan tersebut bingung kerana tidak mendapat satupun hadiah.

Farel, Rachel, Bevan dan Endo ialah empat orang sahabat baik. Rachel menyukai Farel semenjak mereka berkawan dari kecil. Tapi Farel tidak pernah sedar tentang hal itu. Begitu juga dengan Endo yang jahil dan lawak. Cuma Bevan yang mula rasa curiga tentang perasaan Rachel kepada Farel. Sementara itu, Vandra, pelajar cantik dan kaya di sekolah merasa iri dengan Rachel yang selalu dekat dengan Farel. Padahal Bevan dan Endo tergila-gilakan Vandra. Vandra menyukai Farel, namun Farel tidak menyukainya. Vandra termasuk dalam gadis sombong dan berlagak cantik yang bersifat kejahatan. Di samping itu, Luna terpaksa tinggal di Singapura bersama ayahnya, Adam untuk berubat. Dalam diam-diam Luna selalu memantau Farel melalui YouTube, Twitter dan Facebook. Farel sendiri tidak menyedari bahawa Luna masih memperhatikannya dari negeri seberang. Ketika kembali ke sekolah, dia mempunyai guru homeschooling yang bernama Sarah yang disukai oleh ayahnya. Sedangkan Rachel, Farel, Endo dan Bevan mempunyai guru iaitu Pak Hardi dan Pak Hercules.

Tiba-tiba, ada orang yang datang ke rumah Rachel iaitu ayahnya dan saudara kembarnya iaitu Olivia. Rachel terjatuh ke dalam jurang dan masuk ke hospital. Sementara itu Luna memerlukan penderma hati. Setelah mendengar berita itu Rachel pun mendermakan hatinya kepada Luna, kerana Rachel mahu melihat Farel dan Luna bahagia. Rachel pun meninggal dunia dan digantikan saudara kembarnya iaitu Olivia. Olivia mahu meneruskan keinginan Rachel untuk menyatukan Farel dan Luna.