Heksilresorsinol
Heksilresorsinol

Heksilresorsinol

?Hexylresorcinol (Jawi: هيكسيلريسورسينول) ialah suatu sebatian organik dengan sifat anestetik setempat, antiseptik, dan antelmintik.[1]Ia digunakan secara setempat pada jangkitan kulit kecil, atau digunakan sebagai ramuan dalam lozeng sakit tekak. Ia dipasarkan sebagai S.T.37 oleh Numark Laboratories, Inc. (dalam larutan 0.1%) untuk melegakan kesakitan oral dan sebagai antiseptik. Sytheon Ltd., AS memasarkan heksilresorsinol (dinama dagang sebagai Synovea HR). Johnson & Johnson gunakan heksilresorsinol dalam produk penjagaan kulit seperti Neutrogena, Aveno, dan RoC sebagai krim antipenuaan. Heksilresorsinol pernah digunakan secara komersial oleh berbagai syarikat kosmetik dan penjagaan diri, seperti Mary Kay, Clarins, Unilever, Murad, Arbonne, dan pelbagai syarikat besar dan kecil yang lain. Sebuah selidikan yang diterbitkan dalam jurnal Chemical Research in Toxicology [2] menunjukkan bahawa 4-heksilresorsinol jika digunakan sebagai bahan tambahan makanan (E-586) memperlihatkan aktiviti estrogenik, yakni serupa dengan aktiviti hormon estrogen wanita.Dalam sebuah selidikan, 4-heksilresorsinol meningkatkan hayat simpanan udang dengan mengurangkan melanosis (tompok hitam).[3]Dalam kes tikus dengan kanser, 4-heksilresorsinol merencatkan pertumbuhan NF-κB dan lanjutkan kadar sintasan (survival rate) mereka.[4]