Hema_Malini
Hema_Malini

Hema_Malini

Hema Malini (lahir 16 Oktober 1948) ialah seoang pelakon, penulis, pengarah, penerbit, penari dan ahli politik India.[2] Pada tahun 1962, beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Tamil Ithu Sathiyam. Malini pertama kali memegang watak utama dalam Sapno Ka Saudagar (1968), dan tampil dalam beberapa filem Bollywood, terutamanya sebagai pelakon utama. Dalam kebanyakan filemnya, beliau berlakon bersama suaminya Dharmendra dan bersama Rajesh Khanna dan Dev Anand.[3] Malini pada awalnya dipromosikan sebagai "Dream Girl" ("Gadis Impian"), dan pada 1977 beliau berlakon dalam filem dengan judul sama.[3] Beliau telah melakonkan sama ada peranan komik dan dramatik, dan juga sebagai penari[4][5][6] Beliau merupakan salah seorang pelakon yang bergaji tinggi dari 1976 sehingga 1980.[7]Sepanjang kerjayanya, beliau menerima 11 pencalonan untuk Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik, memenanginya pada 1973.[8] Pada tahun 2000, Malini memenangi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare dan juga Padma Shri, penghargaan awam keempat terbesar dan dianugerahkan oleh Kerajaan India.[9] Pada tahun 2012, Universiti Sir Padampat Singhania mengurniakan Doktor Kehormat kepada Malini atas sumbangan beliau kepada pawagam India.[10] Malini berkhidmat sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional India. Pada tahun 2006, beliau menerima anugerah Sopori Academy of Music And Performing Arts (SaMaPa) Vitasta daripada Bhajan Sopori di Delhi untuk sumbangan dan perkhidmatannya kepada budaya dan tarian India. Pada tahun 2013, beliau menerima Anugerah Kebangsaan NTR daripada Kerajaan Andhra Pradesh kerana sumbangannya kepada pawagam India.[11]Dari 2003 hingga 2009, Malini telah dipilih ke Rajya Sabha, Dewan Parlimen atas, sebagai wakil dari Parti Bharatiya Janata.[12] Pada tahun 2014, Malini telah dipilih ke Lok Sabha. Malini telah terlibat dengan usaha amal dan sosial. Pada masa ini, beliau juga merupakan ahli kehidupan Persatuan Antarabangsa bagi Kesedaran Krishna (ISKCON). Beliau ialah seorang pelakon yang berjaya pada zamannya. Beliau telah dipuji oleh pengkritik bagi persembahan tarian dan lakonannya.

Rujukan

WikiPedia: Hema_Malini http://164.100.24.167:8080/members/website/Mainweb... http://boxofficeindia.com/cpages.php?pageName=top_... http://www.hindu.com/2000/01/27/stories/02270005.h... http://www.hindu.com/fr/2009/05/01/stories/2009050... http://www.ibosnetwork.com/asp/topactors.asp?isact... http://www.imdb.com/name/nm0004564/ http://timesofindia.indiatimes.com/entertainment/b... http://in.rediff.com/movies/2003/oct/16sd1.htm http://in.rediff.com/movies/2003/oct/16sd4.htm http://www.rediff.com/entertai/2002/oct/25dinesh.h...