Henry II, Maharaja Suci Rom

Henry II (6 Mei, 973– 13 Julai, 1024), dipanggil Si Suci atau Si Santos, adalah Maharaja Suci Rom ke-5 dan terakhir dari Dinasti Otton, bermula dari pentabalan beliau di Rome pada tahun 1014 sehingga kematian beliau pada satu dekad kemudian. Beliau ditabalkan sebagai Raja Jerman pada tahun 1002 dan Raja Itali pada tahun 1004. Beliau merupakan satu-satunya raja Jerman yang dikanonisasi.Henry II adalah anak lelaki kepada Henry II, Duke Bavaria. Selepas bapanya memberontak menentang dua maharaja terdahulu, beliau sering berada di dalam buangan. Ini menjadikan Henry yang masih muda pergi ke gereja, pertamanya bagi mendapatkan perlindungan dengan Bishop dari Freising, dan kemudian mendapat pendidikan di sekolah kathedral dari Hildesheim. Beliau mengantikan bapanya sebagai Duke Bavaria pada tahun 995 sebagai Henry IV.