Henry III dari England
Henry III dari England

Henry III dari England

Henry III (1 Oktober 1207 – 16 November 1272) anak lelaki dan pengganti kepada John sebagai Raja England, memerintah selama 56 tahun bermula pada 1216 sehingga kematian beliau. Orang sezaman beliau mengenali beliau sebagai Henry dari Winchester. Beliau adalah raja kanak-kanak pertama di England sejak pemerintahan Æthelred Si Tidak Bersedia. England makmur di bawah pemerintahan beliau dan monumen teragung beliau adalah Westminster, yang mana menjadi pusat kerajaan beliau dan juga tempat di mana beliau mengembangkan gereja menjadi sebuah tempat pemujaan bagi Edward Si Pengaku.Beliau mengambil alih takhta daripada pemangkuan William Marshal, tetapi England yang diwarisi oleh beliau telah mengalami beberapa perubahan drastik ketika era pemerintahan bapa beliau. Beliau menghabiskan banyak masa pemerintahan beliau melawan para baron berkenaan Magna Carta[petikan diperlukan] dan hak-hak raja, dan akhirnya dipaksa menerima apa yang dikenali sebagai "parlimen" pertama pada tahun 1264. Beliau juga tidak berjaya dari segi penguasaan di benua ini, di mana beliau berusaha untuk mewujudkan semula kawalan England ke atas Normandy, Anjou, dan Aquitaine.

Henry III dari England

Raja permaisuri Eleanor dari Provence
Pemerintahan 18 Oktober 1216 – 16 November 1272 (56 tahun, 29 hari)
Ayahanda John
Pemakaman Westminster Abbey, London
Bonda Isabella dari Angoulême
Kerabat Kerabat Plantagenet
Pemangku raja William Marshal, Earl Pembroke Pertama (1216–1219)
Hubert de Burgh, Earl Kent Pertama (1219–1227)
Anakanda Edward I
Margaret, Permaisuri Scotland
Beatrice, Duchess dari Brittany
Edmund Crouchback, Earl Leicester dan Lancaster Pertama
Didahului oleh John
Kemahkotaan 28 Oktober 1216, Gloucester
17 Mei 1220, Westminster Abbey
Diikuti oleh Edward I