Heo Jun

Heo Jun (허준, 1537?/1539 – 9 Oktober 1615) ialah seorang doktor istana dari keluarga Heo Yangcheon semasa pemerintahan raja King Seonjo Dinasti Joseon di Korea.[1] Dia dilantik menjadi doktor istana pada usia 29 tahun. Dia menulis sejumlah teks-teks perubatan, tetapi pencapaiannya yang paling signifikan adalah Dongui Bogam ("Cermin Perubatan Timur"), yang sering dinyatakan sebagai teks jelas bagi perubatan tradisional Korea. Karya itu tersebar ke negara-negara Asia Timur seperti China, Jepun dan Vietnam yang masih menganggapnya sebagai salah satu klasik bagi perubatan Timur pada hari ini. Walaupun Heo dengan giat bertugas dengan keluarga diraja, dia menekankan penciptaan kaedah rawatan yang dapat dicapai dan difahami rakyat biasa. Dia menemui ubat-ubat herba semulajadi yang mudah diperolehi rakyat biasa. Tambahan lagi, dia menulis nama-nama herba-herba itu menggunakan huruf-huruf hangul yang mudah itu dan bukannya hanja (aksara Cina) yang lebih susah, yang difahami oleh kebanyakan rakyat biasa.[2][3]Nama dan pencapaian Heo Jun diiktiraf secara meluas oleh orang Korea hatta pada hari ini. Orang Korea masih merujuk pada ubat-ubatan semulajadi Heo Jun yang didapati di dalam Dongui Bogamnya.

Heo Jun

Hangul
Hanja
Perumian Semakan Cheongwon
McCune–Reischauer Ch'ŏngwŏn

Rujukan

WikiPedia: Heo Jun http://myhome.hanafos.com/~hskang0115/heojun.html http://nwww.koreaherald.com/view.php?ud=2013031300... http://omg.yahoo.com/news/kim-joo-hyuk-seeks-to-br... http://www.wul.waseda.ac.jp/kotenseki/html/ya09/ya... http://www.doopedia.co.kr/?flag=openapi&contentno=... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/art/2009/07/1... http://www.koreatimes.co.kr/www/news/art/2010/04/1... http://content.mbc.co.kr/english/interview/2203981... http://content.mbc.co.kr/english/news/2183746_5631... http://www.kmdb.or.kr/eng/md_basic.asp?nation=K&p_...