Gambaran Hero_of_the_Soviet_Union

Anugerah ini telah dizahirkan pada 5 Mei 1934, oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet. Penerima pertama gelaran ini pada asalnya hanya menerima darjah Order of Lenin, iaitu anugerah tertinggi Soviet, berserta dengan sijil (грамота, gramota) yang menerangkan perlakuan kepewiraan daripada Presidium Tertinggi Soviet KRSS. Disebabkan Order of Lenin boleh dikurniakan untuk kelakuan menakjubkan yang tidak melayakkan mereka gelaran wira, dan bagi membezakan para wira daripada pemegang darjah Order of Lenin yang lain, pingat Bintang Emas telah diperkenalkan pada 1 Ogos 1939. Wira-wira terawal adalah layak secara retroaktif untuk pingat ini.

Seorang wira boleh dianugerahkan sekali lagi gelaran ini kerana melakukan aksi kepewiraan yang seterusnya dengan tambahan pingat Bintang Emas dan sijil. Satu darjah tambahan Order of Lenin tidak dikurniakan sehingga tahun 1973. Amalan penganugerahan yang berkali-kali telah dimansuhkan oleh Majlis Tertinggi Kesatuan Soviet pada tahun 1988 sewaktu zaman perestroika.

Ramai warga asing dianugerahkan gelaran ini.

Gelaran ini juga boleh diberikan selepas kematian, walaupun sering tanpa pemberian pingat Bintang Emas yang sebenar.

Gelaran ini hanya boleh dibatalkan oleh Presidium Tertinggi Soviet.