Hesiodos

Hesiodos (Bahasa Yunani: Ἡσίοδος Hēsíodos, Bahasa Inggeris: Hesiod) merupakan seorang penyajak Yunani yang dikaji hidup sekitar zaman sama bersama Homeros iaitu antara 750 dan 650 SM.[1][2] Penulisan beliau banyak menyumbang kepada rujukan oleh para penulis kuno berkaitan adat resam masyarakat Yunani,[3] manakala para cendekiawan moden merujuk kepada karya tersebut sebagai sumber utama mengenai mitologi Yunani, teknik pertanian serta pemikiran awal mengenai perekonomian di mana beliau dianggap sebagai tokoh pertama yang mengkaji bidang ini.[4]