Pembangunan Hetzer

Jagdpanzer 38 bertujuan bagi lebih keberkesanan kos berbanding rekabentuk Jagdpanther dan Jagdtiger yang lebih bercita-cita tinggi pada tempoh yang sama. Dengan menggunakan chasis yang terbukti, ia mengelakkan masalah mekanikal kenderaan berperisai yang lebih besar.

Ia dibina di atas chasis Panzerkampfwagen 38(t) yang diperluas dan dipanjangkan dengan sistem gantungan yang diubah suai (roda jalan yang lebih besar berbanding kereta kebal prototaip Praga TNH n.) dan enjin yang dipertingkatkan. Enjin baru ini merupakan enjin enam-silinder 160 PS Praga AC/2 yang dikawal oleh kotak gear Praga-Wilson (5 kehadapan dan 1 gear undur). Chasisnya diubahsuai bagi memuatkan meriam yang lebih besar dan perisai yang lebih tebal berbanding kereta kebal Panzerkampfwagen 38(t) biasa. Berat tempurnya adalah 16 tan metrik (berbanding 9.8-tonnes bagi Pz 38(t)) dan ia mampu bergerak pada kelajuan maksima 42 km/h.

Ia memiliki perisai yang lebih baik berbanding Panzerjäger yang berperisai lebih nipis sebelumnya Marder[disambiguation needed] dan Nashorn dengan kepingan perisai hadapan condong 60 mm condong kebelakang pada 60 darjah dari sudut tegak (bersamaan perlindungan dengan sekitar 120 mm), membawa meriam 75 mm yang agak berkuasa, boleh diharap secara mekanikal, kecil dan mudah disembunyikan. Ia juga murah untuk dihasilkan.

Jagdpanzer 38 menggantikan Marder III yang terbuka di bahagian atas (berdasarkan chasis yang sama). Dalam pengeluaran dari April 1944; sekitar 2,584 telah dibina sehingga akhir perperangan. Siri Marder III Panzerjäger yang lebih awal, mengekalkan chasis sisi tegak sebagai Panzer 38(t). Bagi Jagdpanzer 38, sisi badan bawah condong pada 15 darjah keluar bagi menghasilkan bentuk kasar hexagonal apabila dilihat dari hadapan atau belakang. Ini meningkatkan ruang dalaman yang ada dan membolehkan ruang tempur tertutup sepenuhnya gaya-casemate. Disebabkan oleh perisai tertutup sepenuhnya, ia adalah 5 tonnes lebih berat berbanding Marder III. Bagi mengimbangi peningkatan berat, lebar trek ditingkatkan dari 293 mm pada 350 mm.[5]

Keluaran Jagdpanzer 38 awal tidak duduk sekata dengan permukaan tanah akibat berat meriam, transmisi dan perisai hadapan yang lebih menekan bahagian hadapan ke bawah. Pegas daun diperkukuhkan dari Jun 1944 yang mengimbangi dan meratakan kedudukan kenderaa tersebut. Sejak May–Julai 1944, laluan masuk dipertingkatkan lagi dari segi lebih banyak bukaan: bukaan komander yang lebih kecil terbuka kebelakang, kemudian sisi kanan belakang bagi capaian radiator, dan sisi belakang kiri bagi capaian tangki bahan bakar. Dari Ogos 1944 mantle dalaman dan luaran yang lebih ringan mengurangkan berat lebih 200 kg. Mantle ini kelihatan lebih berbentuk kon berbanding mantle awal berbentuk separa kon. Juga sejak Ogos 1944, roda belakang idler baru diperkenalkan. Ia memiliki lubang meringankan 8, 6, dan 4 (tidak semestinya dalam turutan tersebut) berbanding 12. Ini memudahkan proses pengilangan. Pada September 1944, 16 pegas daun hadapan ditingkatkan ketebalannya pada 9mm setiap pegas daun, 16 pegas daun belakang mengekalkan ketebalan merka pada 7mm setiap satu. Juga pada September sisi hadapan dan belakang Schurtzen dibengkokkan kedalam bagi mengelakkan ia menyangkut semak dan tercabut. Ia juga disedari bahawa periskop pemandu bertindak sebagai perangkap tembakan, menghalang peluru yang datang daripada melantun keluar dari glacis hadapan. Perumah yang menonjol disingkirkan, sebaliknya periskop diselitkan pada potongan menegak pada perisai hadapan sejak Oktober 1944. Juga dari Oktober 1944, perendam mengurangkan api diperkenalkan. Ini mengurangkan penglihatan dan api belakang. Kusyen kepala ditambah pada bukaan komander pada Oktober 1944. Pada masa yang sama rim roda jalan dipetri dan bukannya menggunakan skru. Bagi menangani bahagian hadapan yang berat, dan keperluan bagi menggerakkan kenderaan bagi membidik, kadar gear direndahkan pada 1:8 berbanding 1:7.33 bagi mengurangkan tekanan pada gear akhir dari Januari 1945. Jagdpanzer 38 tertutup adalah buta pada sisi kanannya. Oleh terana perisai sisi 20mm (sama dengan perisai sisi Panzer II model akhir) sekadar mencukupi bagi melindung krew dari meriam laras agak kecil, adalah penting bagi berhadapan dengan ancaman secara berhadapan. Dengan itu sudut pandangan komander dirancang untuk dipertingkatkan dengan memasang periskop berputar pada Jagdpanzer 38 Starr, sebagaimana Sturmgeschutz III dan Elefant telah berkembang dari satu pasang periskop kepada blok penglihatan sekeliling. Bagaimanapun, Jagdpanzer 38 Starr tiba terlalu lewat bagi beraksi di medan tempur.

G-13 Tentera Switzerland

Jagdpanzer 38 dibekalkan pada Panzerjägerabteilungen (batalion pembinasa kereta kebal division infantri, memberikan mereka keupayaan anti-perisai bergerak terhad. Selepas perang, Czechoslovakia terus membina jenis (versi ST-I dan ST-III sebagai versi latihan, sekitar 180 unit dibina) dan mengeksport 158 kenderaan (versi G-13) kepada Switzerland. Kebanyakan kenderaan dalam koleksi masa kini berasal dari Switzerland.

Dengan arahan dari Adolf Hitler pada November 1944, sejumlah Jagdpanzer 38s dilengkapi langsung dari kilang dengan penyembur api Keobe dan peralatan pengiring dan bukannya meriam biasa. Penyembur api, dilindungi dalam perisai besi menyerupai laras meriam, amat mudah rosak. Kurang dari 50 kenderaan ini, dinamakan Flammpanzer 38, disiapkan sebelum akhir perang, tetapi ia digunakan dalam operasi menentang pihak Berikat di Perbatasan Barat.

Variasi selanjutnya adalah Jagdpanzer 38 yang dilengkapi dengan sIG 33/2 Howitzer 150 mm, yang mana 30 unit telah dihasilkan sebelum akhir perang, dan Bergepanzer 38, kenderaan kembalik ringan yang 170 unit dihasilkan. Rancangan dibuat bagi menghasilkan variasi lain, termasuk versi meriam penyerang Jagdpanzer 38 yang memiliki meriam utama 105 mm StuH 42, satu versi yang membawa meriam 7.5 cm KwK 42 L/70 dari Panther, dan satu variasi anti-pesawat yang dipasang dengan turet Flak. Perperanga berakhir sebelum model yang dicadangkan ini sempat dikeluarkan. Prototaip turut dibangunkan bagi Jagdpanzer 38 Starr, ia merupakan versi ringkas Jagdpanzer 38 dan juga satu langkah ke arah E-10. Rekabentuk ini menyingkirkan penyerap hentaman daripada meriam utama 7.5 cm Pak 39, sebaliknya melekatkan meriam pada chasis, dan menggunakan jisim Jagdpanzer 38 dan sistem gantungannya bagi menyerap hentakan. 10 unit telah dibina, tetapi tidak pernah dikeluarkan. 9 darinya diubah kembali kepada Jagdpanzer 38 normal dan Hitler memerintahkan prototaip yang tinggal dibinasakan bagi menghalang ia daripada ditawan pada akhir perang.[6][7]

Variasi

Jagdpanzer 38, dipameran Muzium Pasukan Tentera Texas di Austin, USA.
  • Befehlswagen 38 Variasi pemerintah. Dilengkapi dengan set radio 30W FuG 8.[6][7]
  • Flammpanzer 38 Jagdpanzer 38 diubah suai dengan penyembur api menggantikan meriam utama. Digunakan di Perbatasan Barat, dengan pertama kali diguna semasa Pertempuran Bulge (20 dalam 352nd dan 353rd Panzer-Flamm-Kompanies di bawah Army Group G). Kurang dari 50 unit dihasilkan.[7]
  • Panzerjaeger 38(t) mit 75mm L/70 Versi prototaip ujian dengan memasang meriam 7.5cm KwK 42 L/70 dari Panther. 3 prototaip dibina, tetapi dengan meriam panjang dan berat tambahan menyebatkan masalah lebih besar memandu kenderaan tersebut. Krupp membuat cadangan untuk mengubahsuai Jagdpanzer 38 dengan superstruktur pada bahagian belakang untuk memuatkan meriam, tetapi tiada lagi pembangunan dilakukan berdasarkan idea ini.[7]
  • Jagdpanzer 38 Starr Versi dipermudahkan bagi Jagdpanzer 38 yang meletakkan meriam 7.5cm Pak 39 pada chasis, dan dipasang dengan enjin disel Tatra. 10 buah dibina, 9 diubahsuai kembali pada Jagdpanzer 38 normal. Prototaip baki dibinasakan pada penghujung perang.[6][7]
  • Panzerjaeger 38(t) mit 105mm StuH 42/2 L/28 Versi dicadangkan bagi Jagdpanzer 38 Starr dilengkapi dengan howitzer 10.5 cm.[7]
  • ST-I Nama Czech selepas-perang bagi Jagdpanzer 38 keluaran baru atau diperbaiki. 249 dalam perkhidmatan, bersama dengan 50 kenderaan latihan memandu ST-III/CVP (chasis tanpa senjata, sesetengahnya dengan superstruktur). Pembangunan prototaip termasuk kenderaan kembalik berperisai Praga VT-III dan kereta kebal penyembur api PM-I.[7]
  • G13 Versi selepas perang Jagdpanzer 38 yang dibina untuk Switzerland, dilengkapi senjata meriam StuK 40.[7]

Rekabentuk berdasarkan chasis

  • Bergepanzer 38 Kenderaan kembalik ringan, diberikan pada unit bersama dengan Jagdpanzer 38. 170 unit dihasilkan. Satu prototaip telah dibangunkan untu memuatkan Flak 38 2 cm.
  • 15 cm Schweres Infanteriegeschütz 33/2 (Sf) auf Jagdpanzer 38 Jagdpanzer 38 chasis dipasang satu sIG 33 15 cm dalam superstruktur. Bertujuan sebagai pengganti bagi Grille. 30 dibina, dari Disember 44.[7]
  • Vollkettenaufklärer 38(t) Kenderaan peninjau berdasarkan Bergepanzer 38. Beberapa prototaip diuji, dipasang satu atau sepasang Flak 38 2cm, dan dalam satu kes satu meriam 7.5 cm K51 L/24.[7]
  • Vollkettenaufklarer 38(t) Kätzchen Kenderaan peninjau bertrek sepenuhnya berdasarkan Jagdpanzer 38. Prototaip dibina oleh BMM dan ditempah untuk pengeluaran, tetapi tidak pernah dihasilkan. Prototaip dipercayai dibinasakan sebelum akhir perang.[7]
  • Flakpanzer 38(t) Kugelblitz Cadangan untuk memasang turet dari Flakpanzer IV Kugelblitz pada chasis Jagdpanzer 38. Tiada pengeluaran akibat keadaan perang.[7]
  • Panzerjäger 38(t) dengan turet Panzer IV Cadangan Krupp bagi memasang turet Panzer IV dengan meriam KwK 40 7.5 cm atau PAW 600 8 cm pada chasis Panzerjäger 38(t). Cadangan tersebut tidak diambil.[7]
  • Panzerjager 38 D versi lebih besar bagi prototaip Panzerjager 38 sahaja sungguhpun pengeluaran pukal dirancang.[8]