Nama Hetzer

Nama Hetzer pada masa itu tidak biasa digunakan bagi kenderaan ini. Ia merupakan nama bagi prototaip berkait, E-10. Kilang Škoda untuk tempoh yang singkat terkeliru antara kedua nama dalam dokumentasinya dan unit pertama yang dilengkapi dengan kenderaan tersebut untuk beberapa minggu pertama menggunakan nama yang silap sehingga masalah tersebut dijelaskan. Bagaimanapun, terdapat kertas pembentangan dari Heinz Guderian pada Hitler yang mendakwa bahawa nama tidak rasmi, Hetzer, telah dicipta secara spontan oleh tentera. Sejarahwan selepas perang mendasarkan diri mereka pada kenyataan ini yang menjadikan nama ini popular dalam karya mereka, sungguhpun kenderaan tersebut tidak pernah dinamakan sedemikian dalam dokumen rasmi.[4]