Hidangan_kebangsaan
Hidangan_kebangsaan

Hidangan_kebangsaan

Hidangan kebangsaan merupakan resepi juadah masakan, makanan atau minuman yang melambangkan sesebuah negara, bangsa, atau kawasan tertentu. Biasanya merupakan masakan yang terkenal atau sering dikaitan dengan negara tersebut.[2]Sesuatu hidangan itu boleh dianggap sebagai hidangan kebangsaan atas pelbagai sebab:Hidangan kebangsaan adalah sebahagian daripada identiti dan imej sesebuah negara.[3] Ketika zaman perluasan empayar Eropah, sesebuah bangsa itu akan membangunkan masakan kebangsaan masing-masing untuk membezakan diri daripada pesaing mereka.[4]Menurut Zilkia Janer, pensyarah budaya Amerika Latin di Universiti Hofstra, ia adalah mustahil untuk memilih satu hidangan kebangsaan, walaupun secara tidak rasmi bagi negara-negara, seperti Mexico atau India, kerana penduduk rakyatnya yang pelbagai etnik dan budaya.[3] Mana-mana satu masakan negara itu tidak boleh sewenang-wenangnya menjadi wakil sebagai hidangan kebangsaan. Tambahan pula, memandangkan hidangan kebangsaan menjadi sebati dalam erti kata identiti sesebuah negara, emosi dan konflik yang kuat boleh muncul ketika cuba memilih hidangan kebangsaan sesebuah negara.

Rujukan

WikiPedia: Hidangan_kebangsaan http://www.argentina.ar/_es/turismo/C791-gastronom... http://books.google.com.au/books?id=jYa3J6xrjt4C&p... http://www.news.com.au/national/roast-lamb-rules-a... http://www.weightwatchers.com.au/util/art/index_ar... http://www.montenegro.org.au/cgnacionalnajela.html http://bt.com.bn/life/2009/02/21/fostering_family_... http://www.bt.com.bn/art-culture/2011/01/08/ambuya... http://www.cbc.ca/news/yourcommunity/2012/06/vote-... http://thewalrus.ca/manufacturing-taste/?ref=2012.... http://britishfood.about.com/od/introtobritishfood...