Trivia High_School_Musical

  • High School Musical merupakan tempat kedua tertinggi bagi rancangan di Disney Channel yang terkini dengan 7.7 juta penonton tetapi setelah dilintasi oleh The Cheetah Girl pada 24 Ogos 2006, iaitu 7.8 juta penonton. Kedua-dua filem diarahkan oleh Kenny Ortega.
  • Di UK, High School Musical ditayangkan pada 22 September 2006 di Disney Channel (UK) dan menarik seramai 1.8 juta penonton. Ini adalah 10 kali lebih besar daripada kebiasaan yang selalunya hanya 150,000 to 250,000 penonton.
  • High School Musical merupakan filem pertama yang boleh dimuat turun di iTunes dengan harga $9.99. Bahagian muzik juga boleh dimuat turun dengan harga yang lebih rendah.
  • Corbin Bleu pada asalnya telah diuji bakat untuk peranan Troy Bolton tetapi telah diberikan watak Chad.
  • Matthew Underwood atau Zoey 101 telah ditawarkan watak tersebut tetapi oleh kerana terikat dengan kontrak bersama Nickelodeon, dia terpaksa menolak
  • Pasukan bola keranjang dinamakan Wildcats seperti dalam Lizzie McGuire, 7th Heaven, dan Life is Ruff. Pihak sekolah lawan, West High, adalah Knights.
  • Walaupun muzikal disetkan di Albuquerque, New Mexico, kebanyakan filem dibuat penggambarannya di Salt Lake City, Utah, di sekolah yang nama sebenarnya East High School. Salt Lake City juga mempunyai West High, tetapi West High dalam cerita adalah Murray High School, yang berada di pinggir Salt Lake.
  • Lagu yang dinyanyikan oleh Troy dalam filem bukanlah kesemuanya dinyanyikan oleh Zac Efron. Memandangkan Zac adalah penyanyi bariton, dia tidak mampu mencecah not tinggi. Dia hanya menyanyikan pada bahagian permulaan dan penghujung lagu.
  • Satu-satunya lagu yang dinyanyikan oleh Andrew Seeley adalah "Getcha Head in the Game".
  • MADtv melakukan ajukan jenaka High School Musical dalam episo perdana musim kedua belasnya yang ditayangkan 16 September 2006
  • DVD High School Musical hinggakan pihak Disney melancarkan 2-cakera DVD bertajuk High School Musical Remix yang dimuatkan tambahan baru termasuk dua lagu remix.
  • High School Musical telah tersenarai dalam Guinness Book of World Records bagi Lagu Paling Berjaya dalam Runut Lagu.
  • Telefon dalam filem: Gabriella mempunyai Palm Treo 650, Troy pula 6260, Sharpay mempunyai T-Mobile Sidekick II, dan Ryan mempunyai Motorola Razr V3i.
  • Filem ini telah dibukukan.
  • Dalam lagu "Get Cha Head in the Game" dua ahli pasukan wildcats berlanggar satu sama lain.