Hikayat Abdullah atau juga dikenali sebagai
Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir 1849,
Hikayat Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi 1880 merupakan kisah pengembaraan
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Ia selesai dikarang pada tahun 1845 dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1849.
[1] Terbitan rumi diterbitkan oleh Pustaka Antara pada tahun 1907 bagi kegunaan teks di sekolah-sekolah Melayu. Ia merupakan antara teks sastera Melayu yang pertama diterbitkan secara komersial. Gaya penulisan Abdullah yang unik dipaparkan secara jelas dalam teks ini dan isinya disampaikan dalam bahasa Melayu yang sederhana dan kontemporari. Tidak seperti karya-karya klasik sastera Melayu yang kebiasaannya mengandungi fantasi dan cerita legenda, karya Abdullah berkisar tentang realisme.
[2]Karya ini diklasifikasikan sebagai autobiografi Abdullah dan mengandungi pandangan peribadi tetapi perseptif tentang masyarakat
Singapura dan
Melaka pada awal abad ke-19.
[3] Ia menceritakan sekilas zaman kanak-kanaknya di Melaka, pengalamannya sendiri seperti pembedahan yang dilakukan kepadanya oleh seorang ahli bedah Inggeris atau kunjungannya ke kem puak
Tiandihui, satu kumpulan kongsi gelap Cina di pedalaman Singapura, dan acara seperti pengasasan
Institusi Raffles, perobohan kota
A Famosa di Melaka, dan lawatan
Lord Minto,
Gabenor-Jeneral India ke Melaka. Sebahagian besar karyanya juga mengandungi pengamatan peribadi tentang personaliti-personaliti pada zamannya, para pegawai Inggeris
Syarikat Hindia Timur Inggeris seperti
Sir Stamford Raffles,
Kolonel Farquhar dan
John Crawfurd,
Sultan Hussein Shah dari
Kesultanan Johor,
mubaligh dan pedagang Amerika dan Eropah, dan pedagang dari China.
[1]