Biografi Hilal_Asyraf

Hilal dilahirkan pada 16 Januari 1989 di Johor Bahru, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Iman dan kemudian di Sekolah Rendah Islam Hidayah (1995-2001), Senai, Johor dan seterusnya di Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI) (2002-2008), Perlis.[8] Beliau kini memegang ijazah dalam bidang Usuluddin dari Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Tengku Masyitah pada tahun 2012.[5]

Beliau memulakan langkahnya menjadi seorang penulis pada tahun 2009 dengan terbitnya Novel VT dan buku motivasi LangitIlahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita, kini pada tahun 2012, beliau telah menerbitkan 17 buah karya dan ada lagi beberapa karya yang bakal menyusul. Tidak sekadar menulis, dia juga dijemput ke pelbagai program untuk memberikan penyampaian dan perkongsian di pelbagai tempat.

Hilal merupakan kolumnis bagi majalah-majalah Islamik seperti Majalah Anis (2010-2011), Majalah HALUAN (2010-kini), Majalah Remaja (2012-kini), dan Majalah JOM! (2012-kini).[4]

Bapa saudaranya Abd Aziz Kaprawi.