Sejarah Hinamori_Momo

Si kecil Hitsugaya dan Hinamori

Hinamori membesar di Junrinan, Daerah Pertama di Rukongai bersama-sama Hitsugaya. Hitsugaya pada zaman kanak-kanaknya bersikap keanak-anakan dan berkeras mahu melindungi Hinamori. Hinamori mendapati janji Hitsugaya agak memeranjatkan dan melayannya seperti adik sendiri. Mereka berdua menjadi sahabat karib hingga kini; Hinamori masih suka memanggil Hitsugaya Shirō-chan ("si putih" berdasarkan warna rambutnya) walaupun Hitsugaya sudah lama berhenti memanggil Hinamori sebagai "si kencing malam Momo".

Di akademi shinigami, dia mahir menggunakan kidō. Di sana, dia bersahabat dengan Kira Izuru dan Abarai Renji. Mereka bertiga dinaikkan pangkat ke kelas leftenan beberapa lama selepas tamat pengajian. Pernah sekali akademi tersebut dilawat oleh seorang kaptan iaitu Aizen. Sejak hari itu, Hinamori amat mengagumi Aizen. Kemudian, Bahagian ke-5 menyelamatkan Hinamori, Kira dan Renji daripada beberapa hollow. Mereka dimasukkan ke dalam Bahagian ke-5 di bawah pimpinan kaptannya, Aizen dan Leftenan Ichimaru Gin. Hinamori dikekalkan di Bahagian ke-5 dan menjadi leftenan (dia bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini, seperti yang dikatakan oleh Hitsugaya). Renji dipindahkan ke Bahagian ke-11 dan kemudiannya menjadi leftenan Bahagian ke-6 di bawah Kuchiki Byakuya.