Sejarah Hinapia

Pra-debut

Minkyeung, Yaebin, Gyeongwon, dan Eunwoo sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan wanita Pristin di bawah Pledis Entertainment pada 21 Mac 2017 dengan album mini pertama Hi! Pristin. Selepas itu album mini kedua mereka yang bertajuk Schxxl Out dan sub-unit bernama Pristin V, yang ahlinya adalah Minkyeung, Yaebin, dan Eunwoo, kumpulan itu bubar pada 24 Mei 2019 setelah hiatus lama. Pada 21 Oktober 2019, ahli-ahli tersebut telah diumumkan untuk melakukan debut semula di bawah AlSeulBit Entertainment,[2] yang dinamakan semula sebagai OSR Entertainment tidak lama kemudian, bersama ahli tambahan bernama Bada.[3] Pada 24 Oktober, kumpulan ini akan di namakan sebagai Hinapia,[4] yang merupakan singkatan dari "Hi New Amazing Utopia".[1]

2019: Debut dengan New Start

Hinapia mempersembahkan single sulung mereka "Drip" sebelum dilancarkan di program muzik Show Champion semasa siarannya pada 30 Oktober 2019.[5] Kumpulan ini secara rasmi mengeluarkan single tersebut pada 3 November 2019 sebagai single utama untuk album single bertajuk New Start.[6] Showcase untuk album bertajuk Pursuit of a New Utopia diadakan pada hari berikutnya.[3] "Drip" memulakan debutnya dan berada di tangga ke-18 pada the World Digital Songs Sales chart yang dikeluarkan pada 16 November 2019, menjadikan Hinapia sebagai kelompok wanita Korea kesebelas yang muncul di carta dengan single debut mereka.[7] Kumpulan ini kemudiannya dicalonkan untuk Best Super Rookie at the 2019 K-Champ Awards.[8][sumber tak boleh dipercayai?]

2020: Dibubarkan

Pada 2 Februari 2020, dilaporkan bahwa Hinapia akan mengeluarkan album kedua mereka pada awal tahun 2020, di mana kumpulan ini akan mempamerkan "penampilan yang lebih matang daripada sebelumnya".[9] Bagaimanapun, pada 21 Ogos 2020, OSR Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan ini telah dibubarkan dan bahawa para ahli telah mengakhiri kontrak mereka.[10]

Rujukan

WikiPedia: Hinapia http://enews.imbc.com/News/RetrieveNewsInfo/269089 http://www.sedaily.com/NewsView/1VQO3DVJ3B/GL0301 http://www.topdaily.kr/news/articleView.html?idxno... https://www.billboard.com/articles/business/chart-... https://entertain.naver.com/now/read?oid=117&aid=0... https://entertain.naver.com/read?oid=410&aid=00006... https://n.news.naver.com/entertain/article/108/000... https://www.youtube.com/watch?v=90qKAehr-KU https://www.tvreport.co.kr/2017333 https://musicbrainz.org/artist/a28205fd-9cf3-4e4d-...