Hindustan_Aeronautics_Limited

Hindustan Aeronautics Limited (HAL), yang berpangkalan di Bangalore, India, adalah salah satu syarikat terbesar di Asia. Di bawah pengurusan Kementerian Pertahanan India, ia merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang aktif terlibat dalam industri aeroangkasa, yang mana termasuk pembuatan dan pemasangan pesawat, peralatan komunikasi serta pengendali lapangan terbang.HAL telah membina pesawat tentera pertama di Asia Selatan dan pada masa sekarang terlibat dalam rekabentuk, pembuatan dan pemasangan pesawat, enjin jet, helikopter bersama-sama komponen dan alat gantinya. Ia memiliki beberapa kemudahan di seluruh India termasuk Nasik, Korwa, Kanpur, Koraput, Lucknow dan Hyderabad. Jurutera Jerman yang bernama Kurt Tank telah mereka pesawat pejuang-pengebom pertama yang dibina di India iaitu HF-24 Marut. Hindustan Aeronautics memiliki sejarah kerjasama yang panjang dengan beberapa agensi tempatan dan antarabangsa lain seperti Airbus Industries, Boeing, Sukhoi Aviation Corporation, Israel Aircraft Industries, Mikoyan-Gurevich (kini Mikoyan), BAE Systems, Rolls-Royce plc, Dassault Aviation, Dornier Flugzeugwerke, Aeronautical Development Agency dan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India.

Hindustan_Aeronautics_Limited

Industri Aeroangkasa dan pertahanan
Bilangan pekerja 30,000
Perancang utama Ashok. K.Baweja (Pengerusi)
Fakruddin Mohammad (Pengarah-Perancangan dan Pemasaran Korporat)
D.Shivmurti (Pengarah-Kewangan)
Ibu pejabat Bangalore, Karnataka, India
Laman sesawang www.hal-india.com
Keluaran Peralatan aeroangkasa
Pesawat tentera
Peralatan navigasi dan komunikasi
Sistem angkasa
Ditubuhkan 1940 (syarikat mendapat nama sekarang pada 1964), Bangalore
Hasil AS$2.35 bilion (Tahun kewangan 2007)
Jenis Awam (PSE)