Contoh Hiperparasit

Cyclocotyla bellones monogenean hiperparasit ditemui pada Ceratothoa parallela, parasit isopod cymothoid bagi ikan sparid Boops boops

Contoh hiperparasit yang paling biasa ialah serangga yang bertelur di dalam atau berhampiran dengan larva parasitoid, yang sendiri memparasitkan tisu perumah. Perumah kebiasaanya ialah larva serangga.

Kajian contoh hiperparasit yang paling menyeluruh adalah rama-rama putih kecil ( Pieris rapae ), yang merupakan perosak hortikultur yang serius bagi tumbuhan spesies Brassica seperti kubis dan pucuk Brussels. Larvanya diparasit oleh larva tebuan Cotesia glomerata dan C. rubecula, kedua-duanya diparasitkan pula oleh tebuan Lysibia nana . [5] [6]

Beberapa tumbuhan boleh mengeluarkan bahan meruap tumbuhan (plant volatiles) sebagai tindakan pertahanan terhadap dimakan herbivori (haiwan herbivor). Bahan meruap yang dikeluarkan oleh tumbuhan-tumbuhan ini pula mampu menarik tebuan parasit yang seterusnya menyerang herbivor. Hiperparasitoid telah diketahui mencari mangsanya melalui meruap tumbuhan yang dipancarkan oleh tumbuhan sebagai tindak balas kepada serangan oleh ulat-ulat yang seterusnya telah diparasit oleh parasitoid primer. Larva tebuan parasit yang berkembang di dalam ulat mengubah komposisi rembesan mulut perumah herbivor mereka dan dengan itu menjejaskan koktel bahan meruap yang dihasilkan tumbuhan. [7] Pupa spesies parasitoid primer diparasitkan oleh banyak spesies hiperparasitoid.

Hiperparasit tidak terhad kepada serangga sahaja. Terdapat cacing pipih yang parasit dan menjadi parasit kepada krustasea dan mereka sendiri (krustasea) merupakan parasit kepada ikan. Contohnya ialah monogenean Cyclocotyla bellones, yang terdapat pada Ceratothoa parallela, parasit isopod cymothoid bagi ikan sparid Boops boops . [8]