Kontroversi Hishammuddin_Hussein

Mengangkat keris

Hishammuddin menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2005.

Pada 2005, tindakan Hishammuddin menghunus keris bagi meningkatkan semangat dalam Perhimpunan Agong UMNO telah dipertikaikan oleh masyarakat bukan Melayu. Pengulas menganggap aksi ini sebagai mempertahankan Ketuanan Melayu dan mengancam mereka yang membantah hak istimewa Melayu seperti yang disebut dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan dalam kontrak sosial.

Perhimpunan UMNO 2006 menampakkan pernyataan-pernyataan kontroversi dibuat oleh beberapa wakil, seperti Hashim Suboh, yang bertanyakan Hishamuddin bila dia akan menggunakan keris; Hishamuddin sekali lagi telah menghunus keris di perhimpunan agong tahun tersebut.[14]

Hishamuddin menyatakan bahawa "Keris itu ada dalam bendera UMNO... Ia suatu simbol kebudayaan Melayu. Awak boleh menghadiahkannya kepada bukan Melayu, dan bukan Melayu memberikan kepada saya di majlis-majlis. Tetapi, ahli-ahli politik menyatakan mereka tidak diyakinkan oleh penjelasan Hishammuddin, dengan Liow Tiong Lai, Ketua Pemuda MCA berkata, "kalau saya memegang pedang di suatu majlis wushu, ia akan berbeza kalau saya memegangnya pada suatu majlis politik. Ini adalah satu majlis politik, jadi ia dilihat dalam konteks berlainan. Ia mewujudkan ketidaksenangan."[15]

Seorang komentator mencadangkan bahawa "Keris itu tidak mengakibatkan ketidaksenangan. Gerak-geri dan pengacungan itu yang membuat orang tidak senang hati", manakala seorang penganalisa politik Cina pula menyatakan "Awak kata keris itu simbol kebudayaan, tetapi ia suatu simbol kebudayaan yang mewakili keganasan."[16][pautan putus]

Dalam Perhimpunan Agong UMNO tahun 2007, dalam ucapan beliau sebagai Ketua Pemuda, beliau menjelaskan secara terperinci tentang kedudukan keris dalam budaya orang Melayu. Kata beliau,

"Sebenarnya keris adalah lambang kemelayuan yang mendukung kedaulatan, kekuasaan, maruah, jati diri, amanah dan tanggungjawab. Keris amat unik sama ada dalam cara membuatnya atau cara disepuh, disarung, dipakai, diguna dan dipantang larangkan. Keris bukan seperti kapak yang boleh digunakan untuk menebang bukan juga seperti parang untuk menyembelih. Keris bukan senjata gunaan seharian untuk ke sawah ladang tetapi untuk ke istana atau ke majlis rasmi. Keris juga lambang kesatuan bernegara seperti Keris Panjang milik ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.Keris ini ditempa dari cantuman besi yang berasal dari sebelas bilah keris negeri-negeri di Tanah Melayu. Jelas keris bukan sekadar simbol kekuasaan tetapi juga adalah simbol kesatuan. Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak mengetahui bahawa keris juga merupakan lambang kewibawaan, kebijaksanaan dan ilmu. Orang yang memakai keris itu, orang yang ada hikmah, bijaksana dan berpengetahuan dalam ilmu, bukan hanya ilmu pendekar dan persilatan sahaja. Kita mengucup keris bukan sekadar menerima kuasa tetapi ada kaitan dengan tugas yang datang bersamanya. Perlakuan ini ada hubungannya dengan kesediaan menjunjung tinggi tugas yang diwarisi dengan penuh keinsafan dan kejujuran.Keris dijulang bermakna menjulang kuasa, kedaulatan dan tanggungjawab yang diserahkan dengan ikrar untuk berlaku adil dan saksama dalam menunaikan amanah yang diterima. Keris tidak dihunus tanpa bertempat. Keris dihunus dengan tekad untuk mempertahankan bangsa dan kepentingan negara, bukan hanya untuk orang Melayu tetapi juga untuk mempertahankan kaum-kaum lain yang bernaung di negara ini. Keris Melayu menjadi pelindung kepada semua orang seperti juga kerajaan yang ada pada hari ini yang sentiasa melindungi rakyat pelbagai kaum yang bernaung di bawahnya.Berteduhlah di bawah perlindungan keris Melayu yang berdaulat ini. Tiada siapa yang harus gementar atau gugup dengan lambang yang abadi itu. Oleh itu jangan dicipta musuh yang tiada dan jangan takut akan bayang-bayang. Janganlah dikhuatiri sebuah perlambangan. Janganlah terbawa-bawa dengan semangat perkauman melulu sehingga hilang rasa hormat yang dibina sekian lama dengan pengorbanan Melayu."."[17]

Akhirnya, pada 25 April 2008, Hishammuddin memohon maaf terhadap episod ini.[18]

Rujukan

WikiPedia: Hishammuddin_Hussein http://www.canberratimes.com.au/news/opinion/edito... http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option... http://malaysiafactbook.com/Hishammuddin_Hussein#_... http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.thestar.com.my/story.aspx?file=/2007/4/... http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.mod.gov.my/ms/mengenai-kami-3/direktori... http://www.moha.gov.my/index.php/en/maklumat-korpo...