Historiografi ialah kajian terhadap
sejarah dan
perkaedahannya. Istilah tersebut juga merujuk pustaka sejarah tentang sesuatu topik yang khusus, dengan para sarjana sering membincangkan historiografi mengikut topik — misalnya "historiografi Katolikisme", "historiografi Islam awal", atau "historiografi China" — serta juga mengikut pendekatan dan
genre yang khusus seperti
sejarah politik dan
sejarah sosial. Bermula dari
abad ke-19, dengan kebangkitan
sejarah akademik, suatu pustaka historiografi telah berkembang.Minat penyelidikan ahli sejarah telah berubah-ubah dengan berlalunya masa dan pada dekad-dekad kebelakangan ini, terdapat peralihan daripada sejarah diplomatik, sejarah ekonomi, dan sejarah politik yang tradisional kepada pendekatan yang lebih baharu, khususnya tentang kajian sosial dan budaya. Dari
1975 hingga
1995, perkadaran
profesor sejarah di
universiti Amerika yang mengaitkan diri dengan sejarah sosial naik daripada 31% sehingga 41%, manakala perkadaran ahli sejarah politik jatuh daripada 40% hingga 30%.
[1] Bagi pusat pengajian sejarah di universiti
British pada
2007, 1,644 (29%) daripada 5,723 anggota fakulti mengaitkan diri dengan sejarah sosial, diikuti oleh sejarah politik dengan 1,425 (25%) anggota fakulti..
[2]